Tuesday 12 March 2013

NASIHAT LUQMANUL HAKIM

Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula rasul, tetapi kisah hidupnya diabadikan dalam Al-Quran adalah Luqman Al-Hakim. Mengapa? Kerana hidupnya penuh hikmah. Suatu hari, dia pernah menasihati anaknya tentang hidup.

 "Anakku, jika makanan telah memenuhi perutmu, kan matilah fikiran dan kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan malas untuk melakukan ibadah dan hilang pulalah ketulusan dan kebersihan hati. Padahal hanya dengan hati bersih manusia boleh menikmati lazatnya berzikir".

"Anakku, kalau sejak kecil engkau rajin belajar dan menuntut ilmu, dewasa kelak engkau akan memetik buahnya dan menikmatinya".

"Anakku, ikutlah engkau pada orang-orang yang sedang menguruskan jenazah, jangan kau ikut orang-orang yang hendak pergi ke pesta pernikahan. Kerana jenazah akan mengingatkan engkau pada kehidupan yang akan datang, sedangkan pesta pernikahan akan membangkitkan nafsu duniamu".

"Anakku, aku sudah pernah memikul batu-batu besar, aku juga sudah mengangkat besi-besi berat. Namun tidak pernah ku rasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya".

"Anakku, aku sudah merasakan semua benda yang pahit, tapi tidak pernah ku rasakan yang lebih pahit daripada kemiskinan dan kehinaan".

"Anakku, aku sudah mengalami penderitaan dan bermacam kesusahan. Namun aku belum pernah merasakan penderitaan yang lebih susah daripada menanggung hutang".

"Anakku, sepanjang hidupku, aku berpegang pada 8 wasiat Nabi iaitu:

1)Jika kau beribadah kepada Allah, jagalah fikiranmu baik-baik.


2)Jika kau berada di rumah orang lain, jagalah pandanganmu.



3)Jika kau berada di tengah-tengah majlis, jagalah lidahmu.



4)Jika kau hadir dalam jamuan makan, jagalah perangaimu.



5)Ingatlah Allah selalu.



6)Ingatlah maut yang akan menjemputmu.



7)Lupakan budi baik yang engkau buat pada orang lain.



8)Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap dirimu.


Semoga sedikit perkongsian ini bermanfaat buat sahabat semua.. =)



Thursday 7 March 2013

Muqaddimah

Assalamualaykum,

اللهم صلي على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وبارك وسلم

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah, akhirnya saya berjaya menyiapkan blog ini..
Dah lama niat di hati nak mempunyai blog, baru kali ni Allah izinkan berjaya walau banyak kekurangan..
Yang penting dapatlah untuk kita berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang bermanfaat di sini..

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong tunjukkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.