Firman Allah SWT : Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang bersifat rabbani kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah dan mempelajarinya. (Surah Ali Imran 3: 79)
Saturday 20 April 2013
BAGAIMANA MENJAGA BANGUNAN DAKWAH? OLEH FATHI YAKAN
Assalamualaykum sahabat sekalian, semoga sihat ceria dalam rahmat Allah S.W.T. Entry kali ini memaparkan ringkasan yang saya buat dari bab 3 buku 'Robohnya Dakwah Di Tangan Da'i" oleh Sheikh Fathi Yakan. Semoga bermanfaat.. =)
BAGAIMANA MENJAGA BANGUNAN DAKWAH? – FATHI YAKAN
- Tegakkan bangunan di atas landasan takwa kepada
kepada Allah
Menegakkan bangunan di atas landasan takwa kepada kepada Allah SWT pada
seluruh elemennya suatu keharusan. Takwa harus menjadi landasan amal islami
seluruhnya. Jika aktiviti tarbiyah mesti dibangun atas landasan takwa, maka
begitu juga aktiviti siasah. Sebagaimana bidang iqtisodi (ekonomi), ijtima’i (sosial kemasyarakatan) dan maliy
(harta benda) wajib ditegakkan tanpa mengandungi sebarang syubhat walau
sedikit.
Allah SWT berfirman: Tidakkah mereka mengetahui Bahawa Allah Dia lah Yang
menerima taubat dari hamba-hambaNya, dan juga menerima sedekah-sedekah (dan
zakat serta membalasnya), dan Bahawa Sesungguhnya Allah Dia lah Penerima
taubat, lagi Maha Mengasihani? (At-Taubah : 104)
Sebuah gerakan dakwah yang mampu menjaga nilai-nilai ajaran Allah dan takwa
kepadaNya, akan mampu mengatur langkahnya, menentukan sikapnya dan mengambil
keputusan yang terbaik dalan setiap perkara, samada untuk jangka masa pendek
atau panjang, samada terhadap musuh maupun kawan, ia akan menjadi gerakan
terhormat.
Ketika ia menjaga nilai-nilai ajaran Allah dan takwa kepadaNya, baik dalam
situasi perang maupun damai, saat sejahtera maupun penuh kesulitan, sentiasa
mendidik ahlinya dengan landasan tersebut dan konsisten dengannya, bersemangat
mencari kebenaran secara terus-menerus dengan naungan redhaNya, maka ia menjadi
gerakan dakwah yang mantap dan kukuh tapaknya.
Untuk mengalami pengetahuan tentang keutamaan takwa,dalam gerakan dakwah
Islam, baik dalam diri anggota maupun pemimpinnbya, kita mestilah tegak di atas
manhaj Nabi dalam proses Tarbiyah Ruhiyah.
Mendalami ajaran Allah dan penggalian syariatNya untuk mengenaal halal,
haram, sunnah, makruh dan lain-lain secara baik, termasukfaktor yang membantu
mewujudkan takwa dan amal soleh. Rasulullah nSAW bersabda : من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين Mafhumnya : Barangsiapa dikehendaki Allah kebaikan maka ia akan
dipandaikan dalam urusan agama (HR Bukhari).
Syarat untuk meraih semua itu adalah ikhlas kerana Allah dan menjadikan
redhaNya sebagai tujuan utama kita dalam mendalami ilmu. Apabila tidak
demikian, maka termasuklah ia dalam golongan yang pernah diperingatkan
Rasulullah dalam sabdanya,
من تعلم العلم لبياهي به العلماء ويجاري به السفهاء ويصرف
به وجوه الناس إليه أدخله الله جهنم
Mafhumnya: Barangsiapa mencari ilmu untuk diperhitungkan oleh kalangan
ulama dan untuk dihormati orang-orang bodoh serta untuk menarik perhatian
orang-orang banyak, maka allah memasukkannya ke dalam neraka jahannam. (HR Ibnu
Majah).
Ihsan dalam beribadah kepada Allah SWT merupakan strategi bagi masuknya
ketakwaan kepada Allah. Rasulullah SAW mengisyaratkan hal ini ketika ditanya
tentang ihsan. Baginda bersabda “Ihsan adalah bahawasanya engkau beribadah
kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya. Apabila engkau tidak melihatNya,
maka sesungguhnya Dia melihatmu”.
Solat ketika ditunaikan dengan ihsan dan disertai dengan hadirnya kalbu
akan membangkitkan rasa wara’ dalam jiwa dan takut kepada Allah, sebagaimana
firmanNya:
“Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar” (Al-Ankabut:
45).
Puasa, apabila dilaksanakan dengan
cara yang benar akan menjadi sebuah madrasah bagi ketaqwaan. Sebagaiman firman
Allah: “Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana
Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”
(Al-Baqarah: 183).
Zikrullah yang dilaksanakan secara berterusan akan dapat menenteramkan hati
dan melindungi jiwa dari bisikan-bisikan syaitan, selain memberi pelakunya
sebuah kenikmatan hidup bersama Allah dan pengawasanNya. Dalam wasiat Nabi Daud
a.s kepada kaumnya dikatakan “Saya perintahkan kalian untuk berzikir kepada
Allah. Kerana penjagaan yang paling ketat bagi hamba Allah adalah zikrullah.
Ini sama seperti orang yang dikejar musuh lalu mendatangi benteng dan
berlindung di dalamnya, maka terlindunglah ia dalam benteng itu.”
Manakala jika rasa diawasi Allah terasa lemah dalam jiwa, tidak
menjadikannya rukun yang menguatkan fizikal untuk berkerja, maka jadilah ia
bola mainan syaitan yang pola fikir, ucapan, dan tindakannya merupakan refleksi
dari putar-belit iblis.
Orang yang tidak bertakwa kepada Allah, dia berpotensi untuk melakukan
kejahatan dan orang lain tidak merasa tenteram berada disampingnya.
Orang yang tidak bertakwa kepada Allah, tidak takutb dirinya terperosok ke
dalam api fitnah dan tidak bula berhati-hati terhadap ghibah dan namimah di
antara sesamanya.
Barangsiapa tidak bertakwa kepada Allah, dia tidak memiliki kekuatan untuk
mengendalikan mulut dari menyakiti sesama muslim dengan percakapannya yang
akhirnya menimbulkan keretak hubungan.
Barangsiapa yang tidak bertakwa kepada Allah, itulah orang yang disinggung
Allah dalam firmanNya:
“Dan ada sebahagian dari manusia Yang berkata: "Kami beriman kepada
Allah"; kemudian apabila ia diganggu dan disakiti pada jalan Allah, ia
jadikan gangguan manusia itu seperti azab seksa Allah (lalu ia taatkan
manusia). dan jika datang pertolongan dari Tuhanmu memberi kemenangan kepadaMu,
mereka sudah tentu akan berkata: "Kami adalah sentiasa bersama-sama
kamu". (Mengapa mereka berdusta?) Bukankah Allah lebih mengetahui akan apa
Yang terpendam Dalam hati sekalian makhluk? Dan Sesungguhnya Allah mengetahui
akan orang-orang Yang beriman, dan Sesungguhnya ia mengetahui akan orang-orang
Yang munafik.” (Al-Ankabut: 10-11).
Orang yang tidak bertakwa kepada Allah, merekalah yang disebut dalam
Al-Quran:
Sesungguhnya orang-orang Yang suka terhebah tuduhan-tuduhan Yang buruk
Dalam kalangan orang-orang Yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa Yang
tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui
(segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian). (An-Nur: 19).
- Kukuhkan ukhuwah kerana Allah
Ukhuwah kerana Allah adalah simpulan yang paling kukuh, elemen bangunan
yang paling kuat dan faktor yang menjadikan gerakan Islam laksana bangunan
tegar yang setiap bahagian saling melengkapi.
Sejauh mana kekuatan ukhuwah dalm sesebuah gerakan, maka sejauh itulah
rapat barisannya dan sejauh itu pula kekuatan mempertahankan diri dari segala
macam serangan musuh. Ketika mengalami krisis dan lemah ukhuwah, maka gerakan
dakwah hanya menjadi acara bagi segal kesulitan, penyakit dan perpecahan. Allah
SWT berfirman:
Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang
telah berceri-berai.(Ali-Imran: 105).
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan
janganlah kamu bercerai-berai.(Ali-Imran: 103)
Sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah
di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada
Allah supaya kamu beroleh rahmat.(Al-Hujurat: 10)
Nabi SAW menggambarkan kukuhnya kasih-sayang kerana Allah dengan sabdanya:
مثل المؤمنين في توادهم وتراحمهم وتعاطفهم مثل الجسد إذا
اشتكى منه عضو تداعى له سائر الجسد بالسهر والحمى
“Orang-orang mukmin dalam menjalin cinta dan kasih-sayang adalah
seperti satu badan. Apabila salah satu anggota badan mengeluh sakit, maka
seluruh anggota badan merasakan demam dan tidak mampu tidur” (HR. Ahmad).
Juga sabdanya: إن
المؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضا
Seorang mukmin bagi mukmin yang lain laksana bangunan yang saling mengukuhkan antara sesamanya.
(HR. Bukhari).
- Tegakkan tradisi syura
Prinsip syura harus ditegakkan. Jauhkan kediktatoran dan egoisme. Inilah
prinsip yang ditanam Allah kepada NabiNya dengan firman: “dan bermesyuaratlah
Dengan mereka dalam urusan itu. kemudian apabila Engkau telah berazam maka
bertawakalah kepada Allah.(Ali-Imran: 159). Musyawarah ini, baik dilakukan
untuk menetapkan keputusan atau pemberitahuan, merupakan benteeng perlindungan
bagi amal. Ia adalah jalan yang boleh memecahkan kekusutan benang setiap
masalah. Dari sinilah kita memahami apa yang disabdakan Rasulullah SAW: إن أمتي لا تجتمع على ضلالة “Sesungguhnya umatku
tidak terhimpun dalam kesesatan” (HR Ibnu Majah).
Sebuah gerakan yang memagang teguh perinsip ini, tidak dimonopoli oleh
pemikiran pemimpinnya, memperhatikan dan mengambil manfaat pendapat orang lain,
maka gerakan itu akan sentiasa berada dalam lindungan Allah. Langkahnya benar
dan lurus. Rasulullah SAW bersabda: “Puncak akal setelah beriman kepada Allah
adalah berlemah lembut terhadap orang lain dan mencintai mereka. Tidak ada
orang rosak lantaran disebabkan musyawarah dan tidak ada orang bahagia lantaran
merasa cukup dengan pendapatnya sendiri. Apabila Allah SWT berkehendak
membinasakan seorang hamba, maka pertama sekali adalah merosak pendapatnya.
Adapun ahli ma’ruf di dunia adalah ahli ma’ruf di akhirat, dan ahli mungkar di
dunia adalah ahli mungkar di akhirat”.
Sikap dominasi seorang pemimpin dalam gerakan, di mana ia merasa cukup
dengan pendapatnya sendiri tanpa mahu mendengar pendapat orang lain adalah
penyakit ujub yang apabila terkena jamaah, alangkah cepatnya merosakkan
kesatuan, memusnahkan kekuatan dan menciptakan pertikaian dalaman. Inilah
implikasi negatif yang tidak menjanjikan kebajikan namun merisaukan. Rasulullah
SAW bersabda:إذا
رأيت شحا مطاعا وهوى متبعا ودنيا مؤثرة وإعجاب كل ذي رأي برأيه فعليك بخاصة
نفسك
“Apabila engkau melihat kebakhilan
yang ditaati, hawa nafsu yang diperturutkan dan kakaguman sesorang dengan
pendapatya sendiri, maka hendaklah engkau berpegang pada dirimu sendiri.” (HR
Tirmidzi).
Apabila hubungan antara anggota dan pemimpin dalam sebuah gerakan seperti
budak dengan majikannya, tidak ada ukhuwah dan kebersamaan dalamnya, ia laksana
sekam berapi. Setiap saat bersedia untuk meledak kemudian hancur berkeping-keping.
Sebuah gerakan yang tidak memberi peluang adanya perbezaan pendapat dan
kritikan hanya akan menjadi penjara hawa nafsu, yang sangat mudah tergelincir
dalam kesulitan masalah.
Namun demikian, ini sama sekali tidak bererti bahawa Islam membolehkan orang
yang menentang untuk keluar dari barisan, walau sebesar apapun perbezaan
pendapat yang terjadi.
Satu-satunya alasan syar’i yang membenarkan orang yang menentang pendapat
untuk mencabut mahkota kepimpinan seseorang adalah apa yang disyariatkan
Rasulullah dalam sabdanya:
وأن لا تنازع
الأمر أهله إلا أن تروا كفرا بواحا عندكم من الله فيه برهان.
“Janganlah engkau mencabut tanganmu dari ketaatan, kecuali jika engkau
melihat kekufuran yang nyata, yang engkau memiliki dalilnya dari sisi Allah.
(HR. Muslim).
- Menjalin hubungan dengan penuh rasa cinta dan
kasih-sayang
Lembaga gerakan dakwah mesti tegak di atas landasan kasih-sayang, cinta dan
rasa senasib menanggung amanah tanpa mengabaikan mekanisme organisasi. Namun
demikian ia juga tidak boleh menjadikan organisasi sebagai dasar hubungan
antara pemimpin dan anak buah semata-mata.
Sejauhmana tingkat kemesraan hubungan antara anggota dengan pemimpin,
sejauh itulah tingkat kekuatan bangunan gerakan dalam menghadapi pelbagai unsur
penghancur. Dari sinilah Al-Quran melukiskan hubungan antara Nabi dengan para
sahabatnya, firman allah: “Maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari
Allah (kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada
mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi
keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu.” (Ali-Imran:159).
Dari sini pula Al-Quran menggambarkan sejauh mana perhatian Rasulullah
terhadap orang bawahannya: “ Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang
Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), Yang menjadi
sangat berat kepadanya sebarang kesusahan Yang ditanggung oleh kamu, Yang
sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan
belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang Yang beriman. (At-Taubah: 128).
Dari sini pula isyarat serta bimbingan Al-Quran dan Hadits untuk membina
hubungan dengan sikap lemah-lembut, kasih-sayang dan rendah hati, bukannya
hubungan yang penuh kekerasan dan kesombongan.
“Bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang beriman dan berlaku tegas gagah
terhadap orang-orang kafir.” (Al-Maidah: 54)
“Dan hendaklah Engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari
orang-orang Yang beriman.” (As-Syu’ara: 215)
Cinta dan kasih sayang Rasulullah hinggakan terhadap orang yang paling rendah
darjatnya sekalipun turut merasakannya, sehingga Zaid pembantu beliau
mengatakan “Saya telah melayani Rasulullah SAW sepanjang hidupku, selama itu
pula tidak pernah sekalipun baginda berkata ‘cis!”.
Islam datang menyeru kita bersikap lemah-lembut terhadap binatang, apalagi
terhadap manusia yang pada umumnya dimuliakan Allah SWT, juga terhadap sesama
muslim secara khususnya.
Sesungguhnya medan dakwah Islam
seluruh dunia sentiasa memerlukan da’i. Tetapi, mereka yang tidak memiliki perangai lemah-lembut, kasih-sayang dan
cinta, yang sudah dicap berperangai keras tidak boleh menjadi kelompok para
da’i yang diperlukan walau sesaat. Benarlah seorang ahli syair bertutur:
Kalaulah ada seribu pembina
Dihadapi seorang penghancur,
cukuplah sudah.
Bagaimana dengan seribu penghancur
dihadapi hanya seorang pembina?
- Tegakkan landasan sukarela dalam bekerja
Hendaknya amal yang ditegakkan itu berdasarkan prinsip sukarela dalam
bekerja dan jihad, bukan prinsip kemanfaatan peribadi dan mencari rezeki.
Inilah sesungguhnya inti pembebanan syariat secara prinsip, yang terlihat jelas
dalam firmanNya: “Sesungguhnya orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman
hanyalah orang-orang Yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka
tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang Dengan harta benda dan jiwa mereka
pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang Yang benar.(Al-Hujurat: 15)
Iman memerlukan bukti. Bukti iman dan syarat mengikat janji setia dengan
Islam adalah upaya mempersembahkan pengorbanan dan kedermawanannya dengan nilai
termahal yang boleh dipersembahkan. Apalagi dibandingkan dengan nilai syurga,
iaitu barang dagangan Allah yang teramat mahal, yang tidak mungkin diperoleh
keculi oleh orang yang telah membayar harga mahal. Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Yang beriman akan jiwa
mereka dan harta benda mereka Dengan memberi syurga, (disebabkan) mereka
berjuang pada jalan Allah.” (At-Taubah: 111).
Demikianlah orang-orang generasi pertama memahami watak dakwah dan
kandungan aqidah Islam. Mereka berlumba-lumba dalam mempersembahkan
pengorbanannya dalam segenap medan.
Dalam hal mempersembahkan harta benda, diriwayatkan dari Umar r.a, ia
berkata: “Suatu hari Rasulullah SAW memerintahkan kepada kami untuk
bersedekah.” Kebetulan saya memiliki wang, lalu saya berkata “Hari ini saya
akan mengalahkan Abu Bakar r.a yang tidak pernah kukalahkan sehari pun”. Maka
saya datang dengan separuh harta saya. Rasulullah SAW bertanya kepadaku
“Tidakkah kamu sisakan untuk keluargamu?” Umar menjawab “Saya masih sisakan
untuk keluargaku”. Baginda bertanya lagi “Apa yang kamu sisakan untuk mereka?”
Umar menjawab “Sejumlah ini”. Maka datanglah Abu Bakar dengan seluruh harta
miliknya, Rasulullah pun bertanya “Wahai Abu Bakar, apa yang kamu sisakan untuk
keluargamu?” Abu Bakar menjawab “Saya sisakan untuk mereka Allah dan Rasul”.
Lalu saya berkata, “Saya tidak pernah mengalahkannya sama sekali selamanya”.
(HR.Bukhari).
- Bersungguh-sungguh menjaga nilai-nilai syariat dan
dakwah
Setiap amal harus ditegakkan di atas nilai-nilai aqidah dan pemikiran yang
benar. Ia harus ditopang oleh prinsip-prinsip politik dan gerakan yang
berdasarkan syariat. Ia tidak boleh goncang hanya kerana perubahan situasi.
Para penggeraknya jangan sampai mengorbankan prinsip hanya kerana alasan murunah(fleksibiliti)
Islam dan ijtihad dalam rangka memanfaatkan peluang.
Sebuah gerakan yang melanggar sebahagian saja dari nilai-nilai syariat,
hakikatnya telah mempertaruhkan keperibadian dan kehormatannya. Jadilah ia
sebuah gerakan yang pincang.
Betapa banyak gerakan dakwah yang secara bertahap menerima tawaran dokongan
pihak lain selanjutnya menjadikannya rasa kebergantungan. Sementara ia tidak
merasa bahawa dokongan tadi secara beransur-ansur bakal meretakkan bangunan
secara keseluruhan beserta nilai-nilainya sekaligus. Sebagaimana firman Allah:
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa Yang ada pada sesuatu kaum sehingga
mereka mengubah apa Yang ada pada diri mereka sendiri.” (Ar-Ra’d: 11).
Salah satu kenyataan yang tidak boleh dilupakan, bahawa gerakan Islam saat
ini belum sampai membentuk Jamatul Muslimin yang dikehendaki oleh sabda Nabi
SAW. Gerakan dakwah harus bercita-cita mewujudkannya. Jika telah terwujud, kaum
muslimin hendaknya berusaha mencapai tujuan yang dicita-citakan Islam. Salah
satu hal yang perlu ditegaskan orang yang tidak berhimpun dengan gerakan Islam,
tidak dikatakan murtad, hanya mereka ‘muqashir’ (cacat) dalam menjalankan
kewajipan syariatnya.
Salah satu prinsip gerakan Islam adalah memperutukkan dakwahnya bagi semua
orang, bukan hanya untuk kalangan tertentu sahaja. Tidak dilarang pula
menghimpun orang-orang yang ‘muqashir’ dalam beberapa ketaatan, sepanjang
mereka masih memiliki rasa takut kepada Allah, menghormati sistem dan baik
dalam ketaatannya. Gerakan dakwah bertugas mendidiknya dari dalam. Adapun
orang-orang ‘mulhid’ (ingkar kepada tuhan) maka tidak ada toleransi baginya,
sebagaimana orang-orang soleh yang tidak mahu menghargai aturan dan tidak
menghormati makna ketaatan, kerana mereka tidak mendatangkan kebajikan bagi
penegakkan amal jama’i.
- Strategi dan organisasi
Seluruh aktiviti endaklah ditegakkan di atas perancangan (takhtit) dan
pengurusan (tanzhim) dengan melibatkan seluruh anggota dalam memikul
tanggungjawab, dan menempatkan setiap individu sesuai dengan kompitensinya.
Selain itu ciptakan interaksi yang mengandungi pujian untuk memberi dorongan
dan penghormatan kepada siapa saja yang keliru dengan hukuman yang jika
menjadikannya lebih baik dan sedar.
Maka diperlukan adanya pendidikan kerana perancangan (takhtit) dan pengurusan
(tanzhim) memerlukan penata. Bukan setiap orang layak memegang tanggungjawab
ini, walaupun ia seorang pakar syariat, cendekiawan, penulis mahir dan pemikir.
Orang yang memegang tanggungjawab ini harus
seseorang yang memiliki potensi memegang organisasi terlebih dahulu,
kemudian dilengkapi pengalaman dan teori-teori pengurusan.
Gerakan Islam juga mesti pandai memanfaatkan teknologi masa kini
terutamanya ilmu-ilmu jurnalistik; bagaimana menyusun strategi penulisan,
penataan administrasi, pengolahan data dan informasi, dokumentasi dan
sebagainya. Selain itu, ia harus memiliki kematangan untuk menghadapi segala
cabaran masa kini. Dari sinilah Islam
menyeru kita bersiap-sedia dengan segala unsur kekuatan sebagaimana firmanNya:
“Dan siapkanlah olehmu untuk menghadapi mereka segala sesuatu dari kekuatan.”
(Al-Anfal:60).
Kemunduran pemikiran dan pengurusan bererti ketidakmampuan menyusun projek,
aktiviti dan strategi dalam kaedah yang benar, sehingga menyebabkannya
bertindih-tindih dan tidak seimbang. Jika cacat dalam aspek pemikiran bererti
cacat dalam amal islam yang mengakibatkan
cacat, mundur dan gagalnya gerakan dalam Islam dalam menjayakan misinya.
Perhatikan kelengkapan dan keseimbangan
Amal Islami ditegakkan di atas prinsip saling melengkapi dan seimbang.
Tidak ada sesuatu aspek mendominasi aspek yang lain. Jika berlaku dominasi
sesuatu aspek maka mengakibatkan tubuh gerakan berjalan tidak seimbang.
Aktiviti Tarbiyah wajib memperoleh perhatian istimewa, sekalipun dinamiknya
perjalanan gerakan secara umum. Sekiranya aktiviti ini lemah maka pasti akan
terlihat kesan-kesan negatifnya dalam gerakan samada cepat atau lambat.
Aktiviti politik dan sosial wajib difokuskan pada projek Islam untuk
merealisasikan tujuan-tujuan Islam yang jelas. Tentu saja semua itu ditegakkan
dalam kerangka aqidah dan syariah yang muktamad. Setiap kelemahan aspek-aspek
ini atau yang lain akan membuat gerakan dakwah berjalan tidak seimbang dan
binasa. Kita memohon kepada Allah hidayah dan petunjukNya. Alhamdulillahi
rabbil ‘alamin.
Subscribe to:
Posts (Atom)