Wednesday 15 May 2013


Kata-kata inspirasi Dr. Muhaya.. Sama-sama amalkan! ^_^









Saturday 20 April 2013

SYEIKH FATHI YAKAN SEORANG JURUTERA YANG BERHATI WAJA

Mari Kenali Tokoh Ilmuan Islam: Ustaz Fathi Yakan (1933-2009)

Pemergian Syeikh Fathi Yakan sememangnya meninggalkan bekas yang mendalam di hati-hati umat Islam seluruh dunia. Kehadirannya adalah sebuah kurniaan besar dari Allah, dan pemergiannya yang tidak disangka juga adalah fitrah kehidupan yang telah Allah tetapkan. Semua jiwa-jiwa yang telah dipinjamkan akan menemui Tuhannya.

Tidak ada seorang pun yang akan terselamat, walaupun dibina tembok yang tinggi, mempunyai doktor yang hebat dan membina dinding kukuh berisi besi. Jika ajal telah tiba, tidak akan sesekali Allah lewatkan atau percepatkan. Firman Allah, “Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat (pula) memajukannya.” (Al-A’raf:34)

Lubnan atau lebih tepat lagi Tripoli pasti menangisi pemergian tokoh ini. Di sinilah tempat beliau dilahirkan pada tanggal 9 Februari 1933. Tokoh ini tidak asing dalam dunia pergerakan islam, lebih-lebih lagi bagi Ikhwan Muslimin. Pengaruh tulisan-tulisannya telah menular dan meresap jauh ke dalam hati-hati umat Islam tentang peri-pentingnya dakwah islamiah dalam kehidupan seharian. Malahan tulisan-tulisan beliau bukan sahaja dapat di baca dalam bahasa Arab, tetapi telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa, termasuklah bahasa Malaysia. Bukunya yang mashur iaitu “maza ya'ni intimai Ila Islam” (Apakah Ertinya saya menganut agama Islam) telah dijadikan silibus Usrah oleh kebanyakkan pertubuhan-pertubuhan Islam.

Beliau dikenali sebagai insan yang bukan sekadar berteori semata, tetapi melaksanakan apa yang dikata. Kehadirannya di tengah-tengah masyarakat dalam menyampaikan risalah-risalah Islam dalam kuliah-kuliah di masjid dan pelbagai tempat, menambahkan lagi ketokohan beliau di mata masyarakat. Seperti kebanyakan tokoh-tokoh gerakan Islam yang lain, beliau juga tidak terlepas dari dipenjarakan. Tulisan dan penglibatan beliau dalam gerakan Islam dianggap mengancam kedudukan dan memerbahayakan pemerintahan. Atas alasan itu beliau telah dipenjarakan, malahan beliau turut diseksa dengan pelbagai cara.

Tetapi dugaan dan cubaan itu tidak pernah mematahkan semangatnya untuk menyebarkan risalah Tauhid dan mengembalikan kegemilangan Islam di seluruh dunia. Cubaan itu hanyalah secebis ujian yang Allah berikan kepada beliau. Malahan ujian itu dianggap sebagai penanda aras sejauh mana imannya kepada Allah. Selaras dengan firman Allah yang bermaksud, “Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (al-Baqarah:214)

“Apakah yang diperbuat musuh padaku!.. Aku, terpenjaraku adalah khalwat. Kematianku adalah mati syahid. Terusirku dari negeriku adalah rekreasi.” Ucapan Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah ini sesuai untuk ditujukan kepada tokoh seperti Syeikh Fathi Yakan. Kehidupannya dipenjara tidak disia-siakan begitu sahaja. Jika Syed Qutb menghasilkan Tafsir Fi Zilalil Qur’an di penjara, begitu juga dengan HAMKA dengan tafsir Al-Azhar, maka beliau juga turut menghasilkan tulisan-tulisan ketika mendekam di dalam penjara. Namun tulisan-tulisannya disasarkan khusus untuk para pemuda dan pemudi Islam. Beliau berkeyakinan bahawa para pemuda dan pemudi Islam adalah asset Islam yang harus dikejutkan dimotivasikan dengan semangat dan nilai-nilai Islam.

Kata Syeikh Fathi Yakan ketika membicarakan tentang para pemuda dan pemudi ini. Katanya, “Pemuda ialah sebuah tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam. Tetapi orang lain telah mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia. Sesungguhnya manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda dan pemudi tetapi mereka ini hanyalah kosong, hanyut dan terbiar.”

Sehingga akhir hayatnya, beliau tetap berkeyakinan bahawa para pemuda dan pemudi Islam adalah agen perubahan kepada Daulah Islamiyah. Tokoh yang mempunyai kelulusan Master dalam bidang Kejureteraan dan Dokterat dalam bidang Pengajian Islam dan bahasa Arab ini akhirnya pergi menghadap Illahi pada tanggal 13 Jun 2009. Sesungguhnya permergian beliau bagaikan kehilangan sebutir mutiara di dasar lautan. Moga Allah menempatkannya di kalangan orang-orang yang beriman dan mendapat syurga Firdaus.

Benarlah apa yang disabdakan oleh Rasulullah, bahawa Allah tidak akan sesekali menghilangkan ilmu pengetahuan sekaligus dari dada-dada manusia, tetapi mematikan para alim-ulama’. Dari Abdullah bin ‘Ash r.a. berkata, “Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda ; “Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah SWT menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.” (Hadis direkodkan Imam Muslim)

Artikel asal dari haluan.org.com

BAGAIMANA MENJAGA BANGUNAN DAKWAH? OLEH FATHI YAKAN


Assalamualaykum sahabat sekalian, semoga sihat ceria dalam rahmat Allah S.W.T. Entry kali ini memaparkan ringkasan yang saya buat dari bab 3 buku 'Robohnya Dakwah Di Tangan Da'i" oleh Sheikh Fathi Yakan. Semoga bermanfaat.. =)


BAGAIMANA MENJAGA BANGUNAN DAKWAH? – FATHI YAKAN
  1. Tegakkan bangunan di atas landasan takwa kepada kepada Allah
Menegakkan bangunan di atas landasan takwa kepada kepada Allah SWT pada seluruh elemennya suatu keharusan. Takwa harus menjadi landasan amal islami seluruhnya. Jika aktiviti tarbiyah mesti dibangun atas landasan takwa, maka begitu juga aktiviti siasah. Sebagaimana bidang iqtisodi (ekonomi),  ijtima’i (sosial kemasyarakatan) dan maliy (harta benda) wajib ditegakkan tanpa mengandungi sebarang syubhat walau sedikit.
Allah SWT berfirman: Tidakkah mereka mengetahui Bahawa Allah Dia lah Yang menerima taubat dari hamba-hambaNya, dan juga menerima sedekah-sedekah (dan zakat serta membalasnya), dan Bahawa Sesungguhnya Allah Dia lah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani? (At-Taubah : 104)
Sebuah gerakan dakwah yang mampu menjaga nilai-nilai ajaran Allah dan takwa kepadaNya, akan mampu mengatur langkahnya, menentukan sikapnya dan mengambil keputusan yang terbaik dalan setiap perkara, samada untuk jangka masa pendek atau panjang, samada terhadap musuh maupun kawan, ia akan menjadi gerakan terhormat.
Ketika ia menjaga nilai-nilai ajaran Allah dan takwa kepadaNya, baik dalam situasi perang maupun damai, saat sejahtera maupun penuh kesulitan, sentiasa mendidik ahlinya dengan landasan tersebut dan konsisten dengannya, bersemangat mencari kebenaran secara terus-menerus dengan naungan redhaNya, maka ia menjadi gerakan dakwah yang mantap dan kukuh tapaknya.
Untuk mengalami pengetahuan tentang keutamaan takwa,dalam gerakan dakwah Islam, baik dalam diri anggota maupun pemimpinnbya, kita mestilah tegak di atas manhaj Nabi dalam proses Tarbiyah Ruhiyah.
Mendalami ajaran Allah dan penggalian syariatNya untuk mengenaal halal, haram, sunnah, makruh dan lain-lain secara baik, termasukfaktor yang membantu mewujudkan takwa dan amal soleh. Rasulullah nSAW bersabda : من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين Mafhumnya : Barangsiapa dikehendaki Allah kebaikan maka ia akan dipandaikan dalam urusan agama (HR Bukhari).
Syarat untuk meraih semua itu adalah ikhlas kerana Allah dan menjadikan redhaNya sebagai tujuan utama kita dalam mendalami ilmu. Apabila tidak demikian, maka termasuklah ia dalam golongan yang pernah diperingatkan Rasulullah dalam sabdanya,
من تعلم العلم لبياهي به العلماء ويجاري به السفهاء ويصرف به وجوه الناس إليه أدخله الله جهنم
Mafhumnya: Barangsiapa mencari ilmu untuk diperhitungkan oleh kalangan ulama dan untuk dihormati orang-orang bodoh serta untuk menarik perhatian orang-orang banyak, maka allah memasukkannya ke dalam neraka jahannam. (HR Ibnu Majah).
Ihsan dalam beribadah kepada Allah SWT merupakan strategi bagi masuknya ketakwaan kepada Allah. Rasulullah SAW mengisyaratkan hal ini ketika ditanya tentang ihsan. Baginda bersabda “Ihsan adalah bahawasanya engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya. Apabila engkau tidak melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihatmu”.
Solat ketika ditunaikan dengan ihsan dan disertai dengan hadirnya kalbu akan membangkitkan rasa wara’ dalam jiwa dan takut kepada Allah, sebagaimana firmanNya:
“Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar” (Al-Ankabut: 45).
 Puasa, apabila dilaksanakan dengan cara yang benar akan menjadi sebuah madrasah bagi ketaqwaan. Sebagaiman firman Allah: “Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah: 183).
Zikrullah yang dilaksanakan secara berterusan akan dapat menenteramkan hati dan melindungi jiwa dari bisikan-bisikan syaitan, selain memberi pelakunya sebuah kenikmatan hidup bersama Allah dan pengawasanNya. Dalam wasiat Nabi Daud a.s kepada kaumnya dikatakan “Saya perintahkan kalian untuk berzikir kepada Allah. Kerana penjagaan yang paling ketat bagi hamba Allah adalah zikrullah. Ini sama seperti orang yang dikejar musuh lalu mendatangi benteng dan berlindung di dalamnya, maka terlindunglah ia dalam benteng itu.”
Manakala jika rasa diawasi Allah terasa lemah dalam jiwa, tidak menjadikannya rukun yang menguatkan fizikal untuk berkerja, maka jadilah ia bola mainan syaitan yang pola fikir, ucapan, dan tindakannya merupakan refleksi dari putar-belit iblis.
Orang yang tidak bertakwa kepada Allah, dia berpotensi untuk melakukan kejahatan dan orang lain tidak merasa tenteram berada disampingnya.
Orang yang tidak bertakwa kepada Allah, tidak takutb dirinya terperosok ke dalam api fitnah dan tidak bula berhati-hati terhadap ghibah dan namimah di antara sesamanya.
Barangsiapa tidak bertakwa kepada Allah, dia tidak memiliki kekuatan untuk mengendalikan mulut dari menyakiti sesama muslim dengan percakapannya yang akhirnya menimbulkan keretak hubungan.
Barangsiapa yang tidak bertakwa kepada Allah, itulah orang yang disinggung Allah dalam firmanNya:
“Dan ada sebahagian dari manusia Yang berkata: "Kami beriman kepada Allah"; kemudian apabila ia diganggu dan disakiti pada jalan Allah, ia jadikan gangguan manusia itu seperti azab seksa Allah (lalu ia taatkan manusia). dan jika datang pertolongan dari Tuhanmu memberi kemenangan kepadaMu, mereka sudah tentu akan berkata: "Kami adalah sentiasa bersama-sama kamu". (Mengapa mereka berdusta?) Bukankah Allah lebih mengetahui akan apa Yang terpendam Dalam hati sekalian makhluk? Dan Sesungguhnya Allah mengetahui akan orang-orang Yang beriman, dan Sesungguhnya ia mengetahui akan orang-orang Yang munafik.” (Al-Ankabut: 10-11).
Orang yang tidak bertakwa kepada Allah, merekalah yang disebut dalam Al-Quran:
Sesungguhnya orang-orang Yang suka terhebah tuduhan-tuduhan Yang buruk Dalam kalangan orang-orang Yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa Yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian). (An-Nur: 19).

  1. Kukuhkan ukhuwah kerana Allah
Ukhuwah kerana Allah adalah simpulan yang paling kukuh, elemen bangunan yang paling kuat dan faktor yang menjadikan gerakan Islam laksana bangunan tegar yang setiap bahagian saling melengkapi.
Sejauh mana kekuatan ukhuwah dalm sesebuah gerakan, maka sejauh itulah rapat barisannya dan sejauh itu pula kekuatan mempertahankan diri dari segala macam serangan musuh. Ketika mengalami krisis dan lemah ukhuwah, maka gerakan dakwah hanya menjadi acara bagi segal kesulitan, penyakit dan perpecahan. Allah SWT berfirman:
Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang telah berceri-berai.(Ali-Imran: 105).
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai.(Ali-Imran: 103)
Sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.(Al-Hujurat: 10)
Nabi SAW menggambarkan kukuhnya kasih-sayang kerana Allah dengan sabdanya:
مثل المؤمنين في توادهم وتراحمهم وتعاطفهم مثل الجسد إذا اشتكى منه عضو تداعى له سائر الجسد بالسهر والحمى
“Orang-orang mukmin dalam menjalin cinta dan kasih-sayang adalah seperti satu badan. Apabila salah satu anggota badan mengeluh sakit, maka seluruh anggota badan merasakan demam dan tidak mampu tidur” (HR. Ahmad).
Juga sabdanya: إن المؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضا
Seorang mukmin bagi mukmin yang lain laksana bangunan  yang saling mengukuhkan antara sesamanya. (HR. Bukhari).

  1. Tegakkan tradisi syura
Prinsip syura harus ditegakkan. Jauhkan kediktatoran dan egoisme. Inilah prinsip yang ditanam Allah kepada NabiNya dengan firman: “dan bermesyuaratlah Dengan mereka dalam urusan itu. kemudian apabila Engkau telah berazam maka bertawakalah kepada Allah.(Ali-Imran: 159). Musyawarah ini, baik dilakukan untuk menetapkan keputusan atau pemberitahuan, merupakan benteeng perlindungan bagi amal. Ia adalah jalan yang boleh memecahkan kekusutan benang setiap masalah. Dari sinilah kita memahami apa yang disabdakan Rasulullah SAW: إن أمتي لا تجتمع على ضلالة  “Sesungguhnya umatku tidak terhimpun dalam kesesatan” (HR Ibnu Majah).
Sebuah gerakan yang memagang teguh perinsip ini, tidak dimonopoli oleh pemikiran pemimpinnya, memperhatikan dan mengambil manfaat pendapat orang lain, maka gerakan itu akan sentiasa berada dalam lindungan Allah. Langkahnya benar dan lurus. Rasulullah SAW bersabda: “Puncak akal setelah beriman kepada Allah adalah berlemah lembut terhadap orang lain dan mencintai mereka. Tidak ada orang rosak lantaran disebabkan musyawarah dan tidak ada orang bahagia lantaran merasa cukup dengan pendapatnya sendiri. Apabila Allah SWT berkehendak membinasakan seorang hamba, maka pertama sekali adalah merosak pendapatnya. Adapun ahli ma’ruf di dunia adalah ahli ma’ruf di akhirat, dan ahli mungkar di dunia adalah ahli mungkar di akhirat”.
Sikap dominasi seorang pemimpin dalam gerakan, di mana ia merasa cukup dengan pendapatnya sendiri tanpa mahu mendengar pendapat orang lain adalah penyakit ujub yang apabila terkena jamaah, alangkah cepatnya merosakkan kesatuan, memusnahkan kekuatan dan menciptakan pertikaian dalaman. Inilah implikasi negatif yang tidak menjanjikan kebajikan namun merisaukan. Rasulullah SAW bersabda:إذا رأيت شحا مطاعا وهوى متبعا ودنيا مؤثرة وإعجاب كل ذي رأي برأيه فعليك بخاصة نفسك 
 “Apabila engkau melihat kebakhilan yang ditaati, hawa nafsu yang diperturutkan dan kakaguman sesorang dengan pendapatya sendiri, maka hendaklah engkau berpegang pada dirimu sendiri.” (HR Tirmidzi).
Apabila hubungan antara anggota dan pemimpin dalam sebuah gerakan seperti budak dengan majikannya, tidak ada ukhuwah dan kebersamaan dalamnya, ia laksana sekam berapi. Setiap saat bersedia untuk meledak kemudian hancur berkeping-keping. Sebuah gerakan yang tidak memberi peluang adanya perbezaan pendapat dan kritikan hanya akan menjadi penjara hawa nafsu, yang sangat mudah tergelincir dalam kesulitan masalah.
Namun demikian, ini sama sekali tidak bererti bahawa Islam membolehkan orang yang menentang untuk keluar dari barisan, walau sebesar apapun perbezaan pendapat yang terjadi.
Satu-satunya alasan syar’i yang membenarkan orang yang menentang pendapat untuk mencabut mahkota kepimpinan seseorang adalah apa yang disyariatkan Rasulullah dalam sabdanya:
  وأن لا تنازع الأمر أهله إلا أن تروا كفرا بواحا عندكم من الله فيه برهان.
“Janganlah engkau mencabut tanganmu dari ketaatan, kecuali jika engkau melihat kekufuran yang nyata, yang engkau memiliki dalilnya dari sisi Allah. (HR. Muslim).

  1. Menjalin hubungan dengan penuh rasa cinta dan kasih-sayang
Lembaga gerakan dakwah mesti tegak di atas landasan kasih-sayang, cinta dan rasa senasib menanggung amanah tanpa mengabaikan mekanisme organisasi. Namun demikian ia juga tidak boleh menjadikan organisasi sebagai dasar hubungan antara pemimpin dan anak buah semata-mata.
Sejauhmana tingkat kemesraan hubungan antara anggota dengan pemimpin, sejauh itulah tingkat kekuatan bangunan gerakan dalam menghadapi pelbagai unsur penghancur. Dari sinilah Al-Quran melukiskan hubungan antara Nabi dengan para sahabatnya, firman allah: “Maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu.” (Ali-Imran:159).
Dari sini pula Al-Quran menggambarkan sejauh mana perhatian Rasulullah terhadap orang bawahannya: “ Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), Yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan Yang ditanggung oleh kamu, Yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang Yang beriman. (At-Taubah: 128).
Dari sini pula isyarat serta bimbingan Al-Quran dan Hadits untuk membina hubungan dengan sikap lemah-lembut, kasih-sayang dan rendah hati, bukannya hubungan yang penuh kekerasan dan kesombongan.
“Bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir.” (Al-Maidah: 54)
“Dan hendaklah Engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang-orang Yang beriman.” (As-Syu’ara: 215)
Cinta dan kasih sayang Rasulullah hinggakan terhadap orang yang paling rendah darjatnya sekalipun turut merasakannya, sehingga Zaid pembantu beliau mengatakan “Saya telah melayani Rasulullah SAW sepanjang hidupku, selama itu pula tidak pernah sekalipun baginda berkata ‘cis!”.
Islam datang menyeru kita bersikap lemah-lembut terhadap binatang, apalagi terhadap manusia yang pada umumnya dimuliakan Allah SWT, juga terhadap sesama muslim secara khususnya.
Sesungguhnya medan dakwah Islam seluruh dunia sentiasa memerlukan da’i. Tetapi, mereka yang tidak memiliki  perangai lemah-lembut, kasih-sayang dan cinta, yang sudah dicap berperangai keras tidak boleh menjadi kelompok para da’i yang diperlukan walau sesaat. Benarlah seorang ahli syair bertutur:
Kalaulah ada seribu pembina
Dihadapi seorang penghancur, cukuplah sudah.
Bagaimana dengan seribu penghancur
dihadapi hanya seorang pembina?

  1. Tegakkan landasan sukarela dalam bekerja
Hendaknya amal yang ditegakkan itu berdasarkan prinsip sukarela dalam bekerja dan jihad, bukan prinsip kemanfaatan peribadi dan mencari rezeki. Inilah sesungguhnya inti pembebanan syariat secara prinsip, yang terlihat jelas dalam firmanNya: “Sesungguhnya orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang Yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang Dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang Yang benar.(Al-Hujurat: 15)
Iman memerlukan bukti. Bukti iman dan syarat mengikat janji setia dengan Islam adalah upaya mempersembahkan pengorbanan dan kedermawanannya dengan nilai termahal yang boleh dipersembahkan. Apalagi dibandingkan dengan nilai syurga, iaitu barang dagangan Allah yang teramat mahal, yang tidak mungkin diperoleh keculi oleh orang yang telah membayar harga mahal. Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka Dengan memberi syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah.” (At-Taubah: 111).
Demikianlah orang-orang generasi pertama memahami watak dakwah dan kandungan aqidah Islam. Mereka berlumba-lumba dalam mempersembahkan pengorbanannya dalam segenap medan.
Dalam hal mempersembahkan harta benda, diriwayatkan dari Umar r.a, ia berkata: “Suatu hari Rasulullah SAW memerintahkan kepada kami untuk bersedekah.” Kebetulan saya memiliki wang, lalu saya berkata “Hari ini saya akan mengalahkan Abu Bakar r.a yang tidak pernah kukalahkan sehari pun”. Maka saya datang dengan separuh harta saya. Rasulullah SAW bertanya kepadaku “Tidakkah kamu sisakan untuk keluargamu?” Umar menjawab “Saya masih sisakan untuk keluargaku”. Baginda bertanya lagi “Apa yang kamu sisakan untuk mereka?” Umar menjawab “Sejumlah ini”. Maka datanglah Abu Bakar dengan seluruh harta miliknya, Rasulullah pun bertanya “Wahai Abu Bakar, apa yang kamu sisakan untuk keluargamu?” Abu Bakar menjawab “Saya sisakan untuk mereka Allah dan Rasul”. Lalu saya berkata, “Saya tidak pernah mengalahkannya sama sekali selamanya”. (HR.Bukhari).

  1. Bersungguh-sungguh menjaga nilai-nilai syariat dan dakwah
Setiap amal harus ditegakkan di atas nilai-nilai aqidah dan pemikiran yang benar. Ia harus ditopang oleh prinsip-prinsip politik dan gerakan yang berdasarkan syariat. Ia tidak boleh goncang hanya kerana perubahan situasi. Para penggeraknya jangan sampai mengorbankan prinsip hanya kerana alasan murunah(fleksibiliti) Islam dan ijtihad dalam rangka memanfaatkan peluang.
Sebuah gerakan yang melanggar sebahagian saja dari nilai-nilai syariat, hakikatnya telah mempertaruhkan keperibadian dan kehormatannya. Jadilah ia sebuah gerakan yang pincang.
Betapa banyak gerakan dakwah yang secara bertahap menerima tawaran dokongan pihak lain selanjutnya menjadikannya rasa kebergantungan. Sementara ia tidak merasa bahawa dokongan tadi secara beransur-ansur bakal meretakkan bangunan secara keseluruhan beserta nilai-nilainya sekaligus. Sebagaimana firman Allah: “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa Yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa Yang ada pada diri mereka sendiri.” (Ar-Ra’d: 11).
Salah satu kenyataan yang tidak boleh dilupakan, bahawa gerakan Islam saat ini belum sampai membentuk Jamatul Muslimin yang dikehendaki oleh sabda Nabi SAW. Gerakan dakwah harus bercita-cita mewujudkannya. Jika telah terwujud, kaum muslimin hendaknya berusaha mencapai tujuan yang dicita-citakan Islam. Salah satu hal yang perlu ditegaskan orang yang tidak berhimpun dengan gerakan Islam, tidak dikatakan murtad, hanya mereka ‘muqashir’ (cacat) dalam menjalankan kewajipan syariatnya.
Salah satu prinsip gerakan Islam adalah memperutukkan dakwahnya bagi semua orang, bukan hanya untuk kalangan tertentu sahaja. Tidak dilarang pula menghimpun orang-orang yang ‘muqashir’ dalam beberapa ketaatan, sepanjang mereka masih memiliki rasa takut kepada Allah, menghormati sistem dan baik dalam ketaatannya. Gerakan dakwah bertugas mendidiknya dari dalam. Adapun orang-orang ‘mulhid’ (ingkar kepada tuhan) maka tidak ada toleransi baginya, sebagaimana orang-orang soleh yang tidak mahu menghargai aturan dan tidak menghormati makna ketaatan, kerana mereka tidak mendatangkan kebajikan bagi penegakkan amal jama’i.

  1. Strategi dan organisasi
Seluruh aktiviti endaklah ditegakkan di atas perancangan (takhtit) dan pengurusan (tanzhim) dengan melibatkan seluruh anggota dalam memikul tanggungjawab, dan menempatkan setiap individu sesuai dengan kompitensinya. Selain itu ciptakan interaksi yang mengandungi pujian untuk memberi dorongan dan penghormatan kepada siapa saja yang keliru dengan hukuman yang jika menjadikannya lebih baik dan sedar.
Maka diperlukan adanya pendidikan kerana perancangan (takhtit) dan pengurusan (tanzhim) memerlukan penata. Bukan setiap orang layak memegang tanggungjawab ini, walaupun ia seorang pakar syariat, cendekiawan, penulis mahir dan pemikir. Orang yang memegang tanggungjawab ini harus  seseorang yang memiliki potensi memegang organisasi terlebih dahulu, kemudian dilengkapi pengalaman dan teori-teori pengurusan.
Gerakan Islam juga mesti pandai memanfaatkan teknologi masa kini terutamanya ilmu-ilmu jurnalistik; bagaimana menyusun strategi penulisan, penataan administrasi, pengolahan data dan informasi, dokumentasi dan sebagainya. Selain itu, ia harus memiliki kematangan untuk menghadapi segala cabaran masa kini.  Dari sinilah Islam menyeru kita bersiap-sedia dengan segala unsur kekuatan sebagaimana firmanNya: “Dan siapkanlah olehmu untuk menghadapi mereka segala sesuatu dari kekuatan.” (Al-Anfal:60).
Kemunduran pemikiran dan pengurusan bererti ketidakmampuan menyusun projek, aktiviti dan strategi dalam kaedah yang benar, sehingga menyebabkannya bertindih-tindih dan tidak seimbang. Jika cacat dalam aspek pemikiran bererti cacat dalam amal islam yang mengakibatkan  cacat, mundur dan gagalnya gerakan dalam Islam dalam menjayakan misinya.

Perhatikan kelengkapan dan keseimbangan

Amal Islami ditegakkan di atas prinsip saling melengkapi dan seimbang. Tidak ada sesuatu aspek mendominasi aspek yang lain. Jika berlaku dominasi sesuatu aspek maka mengakibatkan tubuh gerakan berjalan tidak seimbang.
Aktiviti Tarbiyah wajib memperoleh perhatian istimewa, sekalipun dinamiknya perjalanan gerakan secara umum. Sekiranya aktiviti ini lemah maka pasti akan terlihat kesan-kesan negatifnya dalam gerakan samada cepat atau lambat.
Aktiviti politik dan sosial wajib difokuskan pada projek Islam untuk merealisasikan tujuan-tujuan Islam yang jelas. Tentu saja semua itu ditegakkan dalam kerangka aqidah dan syariah yang muktamad. Setiap kelemahan aspek-aspek ini atau yang lain akan membuat gerakan dakwah berjalan tidak seimbang dan binasa. Kita memohon kepada Allah hidayah dan petunjukNya. Alhamdulillahi rabbil ‘alamin.

Tuesday 12 March 2013

NASIHAT LUQMANUL HAKIM

Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula rasul, tetapi kisah hidupnya diabadikan dalam Al-Quran adalah Luqman Al-Hakim. Mengapa? Kerana hidupnya penuh hikmah. Suatu hari, dia pernah menasihati anaknya tentang hidup.

 "Anakku, jika makanan telah memenuhi perutmu, kan matilah fikiran dan kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan malas untuk melakukan ibadah dan hilang pulalah ketulusan dan kebersihan hati. Padahal hanya dengan hati bersih manusia boleh menikmati lazatnya berzikir".

"Anakku, kalau sejak kecil engkau rajin belajar dan menuntut ilmu, dewasa kelak engkau akan memetik buahnya dan menikmatinya".

"Anakku, ikutlah engkau pada orang-orang yang sedang menguruskan jenazah, jangan kau ikut orang-orang yang hendak pergi ke pesta pernikahan. Kerana jenazah akan mengingatkan engkau pada kehidupan yang akan datang, sedangkan pesta pernikahan akan membangkitkan nafsu duniamu".

"Anakku, aku sudah pernah memikul batu-batu besar, aku juga sudah mengangkat besi-besi berat. Namun tidak pernah ku rasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya".

"Anakku, aku sudah merasakan semua benda yang pahit, tapi tidak pernah ku rasakan yang lebih pahit daripada kemiskinan dan kehinaan".

"Anakku, aku sudah mengalami penderitaan dan bermacam kesusahan. Namun aku belum pernah merasakan penderitaan yang lebih susah daripada menanggung hutang".

"Anakku, sepanjang hidupku, aku berpegang pada 8 wasiat Nabi iaitu:

1)Jika kau beribadah kepada Allah, jagalah fikiranmu baik-baik.


2)Jika kau berada di rumah orang lain, jagalah pandanganmu.



3)Jika kau berada di tengah-tengah majlis, jagalah lidahmu.



4)Jika kau hadir dalam jamuan makan, jagalah perangaimu.



5)Ingatlah Allah selalu.



6)Ingatlah maut yang akan menjemputmu.



7)Lupakan budi baik yang engkau buat pada orang lain.



8)Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap dirimu.


Semoga sedikit perkongsian ini bermanfaat buat sahabat semua.. =)



Thursday 7 March 2013

Muqaddimah

Assalamualaykum,

اللهم صلي على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وبارك وسلم

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah, akhirnya saya berjaya menyiapkan blog ini..
Dah lama niat di hati nak mempunyai blog, baru kali ni Allah izinkan berjaya walau banyak kekurangan..
Yang penting dapatlah untuk kita berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang bermanfaat di sini..

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong tunjukkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.